Lelaki ditahan dipercayai jual nombor loteri haram di Roban
Seorang lelaki berusia 46 tahun ditahan di sebuah pondok rehat di Tebingan Sungai, Roban, Saratok, dipercayai menjual nombor loteri haram. Polis merampas kertas bernombor loteri, wang tunai dan sebatang pen dalam serbuan itu. Kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.