Anwar pengerusi mesyuarat majlis MA63 di Kota Kinabalu, geran khas dan Borneonisasi dibincang
Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 bermesyuarat di Kota Kinabalu pada 11 September, dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, bagi membincangkan geran khas untuk Sabah dan Sarawak, Borneonisasi perkhidmatan awam persekutuan dan penambahan perwakilan parlimen. Anwar berkata MA63 ialah komitmen nasional yang mesti dilaksanakan, dan pemimpin akan bertemu lagi di Kuching minggu depan sempena Hari Malaysia.