Zahid lancar Agenda Malaysia Biru di perhimpunan Umno
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan 'Agenda Malaysia Biru' dalam ucapan dasar di perhimpunan agung Umno 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur pada Jumaat. Agenda itu mengandungi lapan inisiatif termasuk usaha menjadi 'negara pencipta', pemerkasaan TVET, penstrukturan semula cukai dengan GST, dan sasaran 30% pendapatan boleh guna bagi setiap keluarga, jika gabungan itu kembali berkuasa.