Jerebu: IPD Serian satu-satunya catat IPU 218 sangat tidak sihat
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di IPD Serian, Sarawak mencatat 218 setakat 4 petang, satu-satunya kawasan pada tahap sangat tidak sihat. Sebanyak 12 lokasi lagi mencatat tahap tidak sihat, termasuk 10 di Sarawak serta Pasir Gudang di Johor dan Johan Setia di Selangor. MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri.