30 rakyat Malaysia ditahan di Pontianak disyaki penipuan dalam talian
Seramai 30 rakyat Malaysia dan seorang warga Taiwan ditahan pihak berkuasa Indonesia di sebuah hotel di Pontianak, Kalimantan Barat, kerana disyaki terlibat penipuan dalam talian. Ketua Pejabat Imigresen Pontianak, Sam Fernando, berkata kumpulan itu menggunakan 14 bilik di tingkat tiga hotel berkenaan dan tiga rakyat Malaysia didapati tinggal lebih masa. Pihak imigresen akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia dalam siasatan.