Perak nafi dakwaan tiada pegawai perubatan siswazah di Hospital Taiping
Kerajaan Perak menafikan dakwaan sebuah portal berita bahawa tiada pegawai perubatan siswazah ditempatkan di Hospital Taiping. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Datuk A Sivanesan, berkata 93 pegawai perubatan siswazah kini bertugas di hospital tertua Malaysia itu, sambil mengakui ada kekurangan lain yang sedang ditangani. Beliau berkata demikian selepas lawatan bersama Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh di Hospital Taiping, dan turut menyentuh isu parkir yang akan ditangani melalui tempat letak kereta mekanikal.