Anak syarikat Vestland terima kontrak RM410j bina menara Jalan Ampang
Anak syarikat milik penuh Vestland Bhd, Vestland Resources Sdn Bhd, telah menerima kontrak reka dan bina bernilai RM410.0 juta daripada Golden Armani Sdn Bhd. Projek itu meliputi pembinaan SOHO 69 tingkat dan SOVO 78 tingkat di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, dengan kerja bermula 15 Sept 2026 dan siap dalam 36 bulan. Kumpulan itu berkata kemenangan kontrak FY26 mencecah RM1.5 bilion dan buku pesanan tertunggak RM1.9 bilion.