Anwar akan umum langkah interim tuntutan Sarawak pada 16 Sept di Kuching
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengumumkan langkah interim berhubung tuntutan lama Sarawak semasa sambutan Hari Malaysia di Kuching pada 16 September. Beliau akan meneruskan perbincangan dengan Premier Abang Johari dalam beberapa hari akan datang, dan kerajaan persekutuan juga bersetuju menaikkan bayaran interim Sabah kepada RM1.5 bilion.