Dua lelaki Serian didenda RM7,500 kerana merusuh dan pecah cermin belakang kereta warga emas dituduh curi buah sawit
Dua lelaki di Serian, Sarawak, masing-masing didenda RM7,500 selepas mengaku bersalah memecahkan cermin belakang kereta seorang lelaki berusia 72 tahun dan terlibat dalam rusuhan berhubung tuduhan mencuri buah tandan segar kelapa sawit. Kesalahan berlaku berhampiran simpang Kampung Resak, Serian pada 28 Ogos, dan 12 lagi individu masing-masing didenda RM3,500 kerana rusuhan yang sama.