Uggah yakin GPS sapu semua kerusi majoriti Dayak pada PRN Sarawak
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata GPS yakin menang semua kerusi majoriti Dayak pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang, berdasarkan rekod pembangunan lima tahun. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bengkel Jentera Pentadbiran Mambong di Dewan Serbaguna Persatuan Biperoh, Kampung Gerung, dekat Kuching. Uggah enggan mengulas sama ada semua ADUN Bidayuh akan dikekalkan sebagai calon.