Bursa Malaysia arah Metronic kemuka penyata kewangan beraudit 21 bulan
Bursa Malaysia Securities telah mengarahkan Metronic Global Bhd mengeluarkan penyata kewangan interim beraudit bagi tempoh 21 bulan dari 1 Nov 2024 hingga 31 Julai 2026. Syarikat tersenarai itu diberi masa sehingga 30 Nov 2026 untuk menyerahkan laporan tersebut, susulan perubahan tarikh akhir tahun kewangannya yang diumumkan pada 13 Ogos. Metronic berkata ia akan bekerjasama dengan juruaudit luarannya untuk memenuhi tarikh akhir itu.