Dua lelaki ditahan kes curi kabel elektrik di Ayer Tawar
Polis menahan dua lelaki tempatan dipercayai mencuri kabel elektrik di sekitar Kampung Sungai Ramai, Ayer Tawar, semalam. Rampasan termasuk 102 batang kabel pelbagai saiz dan kabel terbakar. Kes disiasat bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998; kedua suspek direman empat hari.