Dua pasukan Sarawak ke Asia-Pasifik selepas tempat ketiga MRCC 2026
Dua pasukan pelajar Sarawak meraih tempat ketiga dalam Malaysia Rocket CanSat Competition (MRCC) 2026 di FELCRA Seberang, Perak, dari 8 hingga 10 September. SMK Padungan menang dalam kategori 1KM Rocket & CanSat manakala Sekolah Seni Malaysia Sarawak dalam kategori 1KM Rocket. Kedua-duanya akan mewakili Sarawak ke APRSAF-32 CanSat International Competition di Thailand pada 27-30 Oktober 2026.