Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengadakan tiga pertemuan dua hala di New Delhi hari ini di luar Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18, termasuk dengan Presiden Iran Masoud Pezeshkian dan Perdana Menteri India Narendra Modi. Beliau turut dijadual bertemu pemimpin Kazakhstan dan Ethiopia serta mengadakan sesi perniagaan dengan beberapa syarikat India seperti Adani Group dan Motherson Group. Malaysia menyertai sidang kemuncak itu sebagai negara rakan BRICS sejak 1 Januari 2025.