ITM 2026 kembali September, sasar kekalkan Malaysia sebagai destinasi mesra Muslim terbaik dunia
Islamic Tourism Month (ITM) 2026 berlangsung sepanjang September dengan penyertaan lebih 100 hotel, taman tema, pusat konvensyen dan produk pelancongan yang diiktiraf MFAR. Program anjuran Islamic Tourism Centre ini diadakan ketika Malaysia mengekalkan kedudukan nombor satu dunia dalam Global Muslim Travel Index 2026 untuk tahun ke-11 berturut-turut. Nilai jualan dan promosi ITM meningkat kepada RM2.64 juta pada 2025 berbanding RM2.59 juta pada 2024.