MAHB jangka tiga lagi syarikat penerbangan antarabangsa ke KL menjelang akhir tahun
Malaysia Airports Holdings Bhd menjangka tiga lagi syarikat penerbangan antarabangsa akan mula beroperasi ke Kuala Lumpur menjelang akhir tahun ini, selain kepulangan Lufthansa ke Terminal 1 KLIA pada Oktober. Pengarah urusannya Datuk Mohd Izani Ghani berkata perkhidmatan baharu itu akan mengukuhkan ketersambungan bandar raya ini sebagai hab penerbangan serantau, sambil MAHB tetap peka terhadap risiko cuaca dan geopolitik.