Tahanan rumah Najib: penangguhan bukan penolakan, kata pakar perlembagaan
Pakar perlembagaan Prof Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata penangguhan permohonan pengampunan Najib Razak pada Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-63 semalam tidak bermakna ia ditolak. Beliau berkata permohonan itu boleh dibawa semula pada mesyuarat akan datang, dengan dua pilihan tersedia kepada lembaga iaitu mengekalkan status quo atau memberi lega hukuman dalam bentuk tahanan rumah.