Top Glove jangka untung FY2026 naik, permintaan dan harga sarung tangan kukuh
Top Glove Corporation Bhd menjangka prestasi kewangan bagi tahun berakhir 31 Ogos 2026 lebih baik daripada tahun sebelumnya, disokong permintaan sarung tangan global yang terus berkembang kira-kira 10 peratus setahun dan harga jualan purata yang lebih tinggi. Pengerusi eksekutifnya Tan Sri Dr Lim Wee Chai berkata keputusan suku dan tahun penuh akan diumumkan pada 6 Oktober. Beliau berkata demikian selepas pelancaran sebuah buku di Cyberjaya.