UNIMAS bawa kepakaran perubatan ke Kampung Bijuray Mogag, Bau
UNIMAS mahu ilmu dan kepakaran perubatannya dirasai terus oleh masyarakat, bukan hanya kecemerlangan akademik. Naib Canselor Prof Dr Ahmad Hata Rasit berkata demikian pada Program KHUAM KPT Prihatin Madani di Dewan Serbaguna Kampung Bijuray Mogag, Bau, hari ini. Program itu turut melibatkan Hospital Pengajar UNIMAS dan Konsortium Hospital Universiti Awam Malaysia.