SPA nafi sekat jururawat walk-in berhijrah selepas tamat kontrak
Pengerusi SPA Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus menegaskan tiada sekatan dikenakan ke atas jururawat yang diambil secara walk-in jika mereka mahu ke sektor swasta atau bekerja di luar negara selepas tamat kontrak. Beliau berkata tumpuan SPA kini adalah pelan penggantian bagi merekrut kakitangan baharu. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Projek Kampung Angkat MADANI 2026 SPA di Kampung Orang Asli Ulu Chenein, Sungai Siput.