Penunggang motosikal maut dihempap lori terbabas di Jalan Johor Bahru-Melaka
Seorang penunggang motosikal berusia 29 tahun maut selepas dihempap sebuah lori yang terbabas di Kilometer 116, Jalan Johor Bahru-Melaka, Batu Pahat, pagi semalam. Polis berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan kaki, manakala pemandu lori mengalami kecederaan di punggung. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.