Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan siri pertemuan strategik dengan beberapa syarikat utama India semasa lawatan kerja ke New Delhi. Pertemuan itu membabitkan DRB-HICOM, SEGULA Technologies India, AWL Agri Business Limited dan Motherson Group dalam sektor automotif, kejuruteraan, perniagaan tani dan penyelesaian digital. SEGULA Technologies komited menubuhkan Pusat Kejuruteraan Global di Malaysia pada penghujung 2026, manakala AWL Agri Business sebelum ini mengimport minyak sawit Malaysia bernilai kira-kira RM1.5 bilion.