Sekolah di Serian dan Lubok Antu kekal tutup sehingga IPU bawah 200
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak melanjutkan penutupan sementara sekolah di Serian dan Lubok Antu sehingga bacaan IPU turun bawah 200. Sementara itu, 12 daerah lain di Sarawak akan beroperasi seperti biasa mulai Isnin depan. Pelitup muka akan diagihkan kepada murid dan kakitangan sekolah yang terjejas akibat jerebu.