Lebih 1,000 penunggang motosikal berkuasa tinggi berkumpul di Jalan Seruling, Kangar
Seruling Road Bike Meet 2026 di Jalan Seruling, Kangar, Perlis menarik lebih 1,000 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara termasuk Singapura dan Thailand. Program edisi kedua itu dianjurkan komuniti motosikal Jalan Seruling dengan kerjasama UKIS Pejabat Menteri Besar Perlis dan dirasmikan Ahli Parlimen Kangar, Zakri Hassan.