Kerajaan setuju tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak
Mesyuarat MTPMA63 di Kota Kinabalu memutuskan nisbah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak akan ditingkatkan berbanding kedudukan sekarang. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pindaan Perlembagaan diperlukan dan mekanisme serta nisbah akhir masih belum diperincikan. Sabah kini mempunyai 25 kerusi dan Sarawak 31, menjadikan 56 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat.