Pitsa mahu program komuniti kerap diadakan untuk ibu tunggal
Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (Pitsa) meminta program komuniti diadakan lebih kerap supaya ibu tunggal terus mendapat maklumat semasa dalam era digital. Program Jiwa@Komuniti di Hawa Banquet Hall, Kuching semalam menampilkan ceramah tentang penipuan oleh PDRM, hasil kerjasama Jabatan Penerangan Sarawak sempena sambutan Hari Malaysia 2026.