Melaka FC Tewas 2-1 Kepada Kuching City, Elavarasan Gesa Masalah Gol Lewat Diatasi
Melaka FC tewas 2-1 kepada Kuching City FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka malam tadi. Ketua jurulatih E. Elavarasan kecewa kerana pasukannya sekali lagi bolos pada minit akhir, kali kedua musim ini. Kuching City kini di tempat kedua dengan 12 mata, manakala Melaka kekal di tangga ke-10 dengan tiga mata.