Pemandu lori dari Johor menang Vellfire di Wira Day 7.0
Seorang pemandu lori dari Bandar Tenggara, Johor memandu Proton Wira lebih 10 jam ke Terengganu untuk menyertai Wira Day 7.0 di Stadium Permotoran Gong Badak. Mohd Supiyan Mazlan, 37, membeli enam helai baju bernilai RM540 yang melayakkan beliau memenangi hadiah utama sebuah Toyota Vellfire. Penganjur berkata edisi ketujuh itu mencatat kira-kira 17,000 peserta berbanding 15,000 tahun lalu.