Polis Kulai tembak tayar Myvi, pasangan kekasih ditahan
Polis Kulai melepaskan satu das tembakan ke arah tayar sebuah Perodua Myvi selepas dua suspek merempuh anggota polis di Jalan Kenari, Bandar Putra, Kulai awal pagi semalam. Seorang anggota URB cedera ringan pada kaki, manakala pasangan lelaki dan wanita berusia 23 tahun itu ditahan dalam tempoh 24 jam di sekitar Bandar Putra dan Kluang. Kes disiasat mengikut Seksyen 307, 332 dan 186 Kanun Keseksaan.