KKM guna aset empat agensi ganti perkhidmatan doktor udara
Kementerian Kesihatan menegaskan rawatan pesakit di pedalaman tidak boleh terhenti selepas operasi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) ditangguhkan susulan nahas helikopter di Long Lellang, Sarawak. Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad berkata aset JBPM, PDRM, TUDM dan Maritim Malaysia akan digunakan untuk penerbangan ihsan merawat pesakit pedalaman sementara menunggu hasil siasatan. Beliau berkata demikian selepas mengiringi ketibaan jenazah Dr Ainul Baraah Kamarudin di Masjid Al Karomah, Pengkalan Chepa.