Polis siasat kematian remaja 15 tahun jatuh dari apartmen Putrajaya
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat atas sebuah apartmen di Presint 5, Putrajaya, malam Jumaat. Polis menerima panggilan pada 10.33 malam dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Putrajaya. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan bedah siasat akan dijalankan hari ini.