Malaysia Ultra-Trail by UTMB di Taiping jana RM14 juta-RM18 juta setahun
Penganjuran Malaysia Ultra-Trail by UTMB di Taiping menjana impak ekonomi langsung antara RM14 juta hingga RM18 juta setahun berdasarkan data edisi terdahulu. Edisi kesembilan tahun ini mencatat rekod keselamatan baik dengan hanya satu kemasukan hospital akibat kelesuan haba, manakala pelari Malaysia Michelle layak ke World Finals di Chamonix selepas menduduki tempat kedua kategori 50 kilometer.