Sekolah Serian dibuka semula 14 Sept, Lubok Antu kekal PdPR
Semua sekolah rendah dan menengah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Serian akan dibuka semula dan beroperasi seperti biasa mulai esok (14 Sept) selepas kualiti udara pulih, kata Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Sekolah di bawah PPD Lubok Antu akan terus menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), manakala ibu bapa di kawasan terjejas jerebu boleh tidak menghantar anak ke sekolah dengan memaklumkan pihak sekolah.