Tukang masak maut kereta terbabas masuk parit di Jalan Sungai Moyan
Seorang tukang masak berusia 41 tahun maut selepas kereta Perodua Kenari dipandunya terbabas dan terbalik ke dalam parit di Jalan Sungai Moyan, Kuching, awal pagi tadi. Mangsa, Jeffery Dion, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Umum Sarawak. Polis Padawan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.