Jenazah Dr. Ainul Baraah selamat dikebumikan di Kampung Sri Kedeper
Jenazah Dr. Ainul Baraah Kamarudin, 33, yang maut dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara di Long Lellang, Miri, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Kedeper, Kota Bharu, hari ini. Jenazah tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, sebelum dikebumikan selepas solat jenazah yang diimamkan Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.