Malaysia tewas 2-4 kepada Pakistan, keempat di Piala Asia Remaja
Skuad hoki remaja lelaki Malaysia menamatkan saingan Piala Asia Remaja 2026 di tempat keempat selepas tewas 2-4 kepada Pakistan dalam penentuan pingat gangsa di Moqi, China. Malaysia mendahului 2-0 menerusi Adam Ashraf Johari dan Shafiq Ammar Fahmi Suzaini sebelum Pakistan bangkit dengan empat gol. Final antara India dan Korea Selatan berlangsung malam ini.