Jururawat nahas helikopter FDS dikebumikan di Semadang
Debra Moset, jururawat berusia 40 tahun yang terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Baram, Miri, Selasa lalu, dibawa pulang ke rumah baharunya di Kampung Semadang, Kuching untuk penghormatan terakhir. Jenazahnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kira-kira 10 pagi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan St Patrick, Semadang pada esok. Nahas itu turut mengorbankan juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, Dr Ainul Baraah Kamarudin, jururawat Jessie Paya Jok dan pembantu perubatan Alexson Adit Henry.