Lebih 50 penduduk PPR Taman Mulia bergotong-royong semai perpaduan
Program Gotong-Royong Perpaduan di PPR Taman Mulia, Kuala Lumpur menghimpunkan lebih 50 penduduk untuk mengecat bahu jalan, mengutip sampah dan menceriakan kawasan kediaman. Pengerusi KRT berkata budaya gotong-royong perlu dihidupkan kerana kebersihan adalah tanggungjawab bersama penduduk. Dapur Digital di PPR itu turut menyediakan 150 pek makanan kepada peserta.