Sarawak bawa isu kekurangan 5,000 petugas kesihatan ke JPA
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata 18 peratus jawatan dalam sektor kesihatan negeri, membabitkan lebih 5,000 jawatan, masih belum diisi. Isu itu telah dibawa kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan dibangkitkan dalam mesyuarat MA63, termasuk cadangan menubuhkan pasukan petugas khas untuk pengambilan tenaga kerja tempatan. Beliau berkata Sarawak akan terus mengejar autonomi kesihatan walaupun ia memerlukan pindaan kepada 41 undang-undang.