500 ahli keluarga dari Sarawak, Brunei dan Labuan bertemu di Limbang selepas 60 tahun
Lebih 500 anggota keluarga besar Awang Salleh dan Dayang Damit dari Sarawak, Brunei dan Labuan berkumpul di Dewan Bunga Raya, Limbang hari ini selepas terpisah lebih 60 tahun. Majlis Jejak Kasih Keluarga itu turut menyaksikan pelancaran pangkalan data keluarga bagi menjejaki susur galur enam generasi keturunan Allahyarham Awang Sulaiman dan Allahyarham Dayang Damit.