Kitaran pelaburan infrastruktur AI terus pacu sektor teknologi Malaysia
Kitaran pelaburan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) terus menyokong sektor teknologi Malaysia apabila permintaan berkaitan AI kekal kukuh, menurut BIMB Securities Research. Firma itu berkata prestasi syarikat teknologi dalam liputannya secara keseluruhan berada dalam jangkaan, dengan perbelanjaan modal pusat data global dijangka melonjak kepada AS$31.6 trilion menjelang 2050.