Stadium MBPJ bergema semula selepas hukuman FAM
Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya kembali dipenuhi penyokong pada aksi Liga Super Selangor FC menentang KL City malam ini, selepas perlawanan tanpa penonton menentang Sabah minggu lalu. Hukuman beraksi tanpa penonton dikenakan FAM berikutan insiden kekecohan penyokong ketika menentang Negeri Sembilan FC musim lalu. Selangor kini ketiga dengan sembilan mata, enam di belakang JDT.