Pertandingan Pantun DRB-HICOM-Harian Metro diperluas ke Zon Selatan, Melaka negeri pertama
Pertandingan Pantun anjuran bersama DRB-HICOM dan Harian Metro diperluaskan ke Zon Selatan selepas diperkenalkan di Selangor tahun lalu. Melaka menjadi negeri pertama membuka saingan, dengan suku akhir dan separuh akhir berlangsung di SMK Tinggi Melaka, Banda Hilir, esok. Empat sekolah Melaka bersaing merebut tempat ke peringkat akhir di Johor.