Ribut kencang rosakkan lima rumah di Sarikei
Lima buah rumah di Sarikei, Sarawak mengalami kerosakan bumbung selepas dilanda ribut kencang dan hujan lebat petang tadi. Kawasan terjejas termasuk Kampung Jalan Drahman Keria dan Kampung Dibah, dan tiada kehilangan nyawa dilaporkan. ADUN Kuala Rajang Datuk Len Talif berkata pihaknya sedang menilai tahap kerosakan dan mempertimbangkan peruntukan projek rumah orang miskin untuk kerja membaik pulih.