Dua wanita maut dipercayai renjatan elektrik di kolam ikan Kuala Besut
Dua wanita maut dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah kolam ikan di Kampung Air Tawar, Kuala Besut, hari ini. Mangsa ialah Wan Adilah Wan Awang, 49, pemilik kolam, dan Rubayyi Razak, 27, pelajar praktikal. Jenazah Wan Adilah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dengir selepas bedah siasat.