Polis: Tindakan anggota trafik tolak palang di Cyberjaya ikut arahan pengurusan Tamarind Square
Seorang anggota polis trafik ditrakam menolak palang automatik di Tamarind Square, Cyberjaya, ketika mengiringi konvoi rasmi Datuk Undang Luak Johol. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, berkata anggota itu bertindak selepas palang gagal dibuka dan pihak pengurusan Tamarind Square mengarahkannya menolak palang secara manual sebelum dikembalikan ke kedudukan asal. Tiada bantahan atau aduan diterima daripada pihak yang diiringi mahupun pengurusan Tamarind Square.