Polis teliti laluan dan lokasi isi minyak nahas helikopter Long Lellang
Polis Sarawak memperluas siasatan nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara di Long Lellang, Ulu Baram dengan meneliti laluan penerbangan dan lokasi pesawat mengisi minyak. Setakat ini 19 saksi telah dirakam keterangannya dan tiada petunjuk unsur selain kemalangan. Siasatan teknikal diserahkan kepada Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).