UKM dan UiTM buat persiapan sambut penuntut baharu
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Shah Alam sedang membuat persiapan untuk minggu orientasi penuntut baharu. Di UKM, Minggu Tekad Siswa melibatkan 44 pemudah cara manakala UiTM menyediakan kursus lima hari untuk pembantu MDS sebelum Minggu Destini Siswa diadakan secara dalam talian dan fizikal.