Bengkel Tamil tarik 50 pelajar di Perpustakaan Negara
Satu bengkel bahasa Tamil, 'Tamil is Beautiful!', diadakan pada Jumaat (11 September) di premis Lembaga Perpustakaan Negara Singapura. Dianjurkan oleh Tamil Aruvi Learning Resources, ia menarik kira-kira 50 pelajar rendah dan menengah. Buat pertama kali, pelajar yang tidak bertutur Tamil di rumah dan anak kepada ibu bapa bukan Tamil turut menyertai.