Pos Malaysia catat hasil RM982.7 juta pada H1'26, naik 8.2%
Pos Malaysia mencatatkan kenaikan hasil 8.2% kepada RM982.7 juta bagi separuh pertama 2026, dengan jumlah bungkusan naik 34.3% dan aliran tunai operasi positif RM18.3 juta. Namun segmen pos kekal rugi RM74.9 juta sebelum cukai kerana mel tradisional merosot 81% sejak 2012 dan kunjungan kedai runcit jatuh 41% sejak 2019.